Kerjasama Kami Yang Lalu
Menganjurkan Acara Yang Tidak Dapat Dilupakan
Kami menyediakan perkhidmatan aktiviti batik untuk majlis anda seperti Hari Keluarga, Ulang Tahun, Rumah Terbuka Raya, dan juga Perkahwinan. Tetamu anda akan menikmati pengalaman melukis batik dan boleh membawa pulang karya hasil lukisan mereka sendiri. Anda juga berpeluang melibatkan tetamu anda dalam melukis batik bersama-sama, yang kemudiannya boleh dipamerkan di pejabat atau rumah anda. Ini akan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan boleh dijadikan sebagai cenderahati daripada acara tersebut.
Menjadikan Dunia Yang Lebih Baik
Bengkel batik CSR oleh Wong Partners (firma guaman terkemuka di Malaysia)
Hari Sindrom Down Sedunia
Kami boleh membantu syarikat anda untuk menguruskan program CSR (Corporate Social Responsibility) dengan pelbagai aktiviti menarik daripada kami. Anda dijemput untuk membawa golongan yang kurang berkemampuan ke bengkel batik kami dan melukis batik bersama mereka. Beri mereka peluang untuk menikmati seni Batik Malaysia dan meningkatkan keyakinan diri mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai program CSR kami